Sepi Tanpa Berita...

Saturday, December 11, 2010

salam.....
entahlah, berapa bulan sdh aku xupdate ni blog....
tetiba jak rasa mau tulis sesuatu dalam blog hari ni...
kesian plak dengan blog ni...
tebengkalai dan kesepian...
tiada berita yang hot & terbaru datang dari perut blog ni..
kadang-kala, kita perlu senyap seketika untuk mendapatkan ketenangan..
ya iyalah.... xkan aku melekat terus dengan blog ni kan...
nt satu kerja pun aku xbuat...hehehehe..
ok la cukup sampai sini jak lah...
di kesempatan ini..aku ingin berterima kasih dengan blogger2 yang lain yang sudi melawat blog xseberapa ini...
syukran....





Sebab-sebab Bala Turun....

Tuesday, November 23, 2010

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


Semoga kita terhindar daripada Bala Allah...
Amin...

Semangat Raya Ku Yang Pudar

Tuesday, November 16, 2010

~Assalammualaikum~

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Hanya itu yang Mampu ucap untuk raya korban tahun ni...
sebab aku xada rumah untuk jemput kamu masuk..
aku xada makanan mau jemput untuk kamu makan..
dalam bilik aku cuma ada maggi kari dengan minuman 3 in 1 jak..
itu pun cukup2 stok sampai minggu ni..
kesian kan aku, kes2 tidak dapat balik beraya..
menyebabkan semangat raya ku semakin pudar..

Raya korban tahun ni, sebiji sama dengan tahun lepas..
aku hanya mampu meraikannya dalam bilik..
hanya mampu mendengar takbir dalam radio jak..
hanya mampu makan mee maggi bukannya makan daging korban..
membuatkan aku rasa cuti Raya haji sama dengan cuti public holiday yang lain..
huhuhuhu... sedihnya macam ni, rasa macam raya haji ni xada makna jak...

Insyaallah, Raya Haji tahun depan lebih bermakna dari tahun ni...
harap2 dapat sambut dengan keluraga di kampung...

~AMIN~


Kertas yang Terakhir


Hari ni, aku hepi sangat sebab exam dah tamat..
gara-gara last paper ni la aku xcukup tidur..
Paper yang berkaitan tentang perempuan iaitu Obstretik dan ginekologi
Paper ni la juga membuatkan aku mengimbas kenangan 3 bulan yang lalu
dimana aku membantu melahirkan ibu yang bersalin
dengan kata lain menyambut kelahiran..

pengalaman ini pasti tidak akan ku lupakan
melihat seorang ibu yang berusaha keras untuk melahirkan anak yang di kandungnya

lalu aku terfikir dengan ibu yang sangup membuang bayi
betapa hebatnya mereka melahirkan bayi seorang diri
tanpa bantuan
tanpa pendorong
tanpa alat2 yang steril
tanpa di jahit selepas bersalin

Waaaa.... hebatnya mereka...
yang dapat melahirkan anak dalam tandas seorang diri
yang masih mampu berjalan selepas bersalin
yang sempat membuang bayi dalam mangkuk tandas..

Walaupun mereka hebat tapi mereka manusia yang BODOH..
manusia yang sangat kejam
manusia yang sangat tidak berhati perut
manusia yang paling zalim
manusia yang pentingkan diri sendiri...

Aku paling Benci "MEREKA"
aku tahu, bukan aku seorang jak benci mereka...
ramai lagi di luar sana benci mereka...
rasa macam mu bagi penampar jak dengan orang bodoh ni..

most of orang yang buang baby ni student IPTA..
xkira ambik diploma ka, ijazah ka..
tapi yang penting pelajar IPTA..
semua orang tahu student IPTA ni pandai2 belaka
SPM semua kreadit
STPM 3 point ke atas..
Orang kampung bangga dengan percapaian dorang ni..
menjadi kebanggaan keluarga di kampung..
Kesian orang kampung tertipu dengan orang yang bodoh ni..

kalau"dorang" bijak sangat..
dorang xakan buat "benda tu" sebelum kahwin

kalau 'dorang' bijak ..
dorang akan pandai elakkan diri dari daripada mengandung

kalau 'dorang' ni bijak
dorang xakan tambah dosa dorang dengan buang anak..

Kepada orang yang terlibat, atau pun orang2 yang dalam menuju ke arah membuang bayi ni...
anda di nasihati fikir la dulu sebelum membuat tindakan yang bodoh..
mungkin kamu rasa orang lain xakan tahu kamu pregnant dan buang bayi..
tapi, jangan kamu Lupa ALLAH itu maha mengetahui..
sebijak mana pun kamu rasa diri kamu untuk menyembunyikan perkara ini..
sekiranya ALLAH ingin orang lain tahu, maka tahu la orang lain tu..

BERTAUBATLAH KE JALAN YANG BENAR



P/s: nasihat bersama, semoga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang terkutuk.. amin..

Good bye Sri Aman

Thursday, November 4, 2010
sedar xsedar, sudah sebulan  duduk di Sri Aman ni... 
 Times to back home... 
hari ni tiba masanya untuk meninggalkan tempat yang Aman ni..

i will miss this place..
banyak benda yang aku akan rindu di sini
i will miss wireless 24 hours yg laju mcm kuda berlari
i will miss cucur tulang ayam yang sedap n pelik
i will miss hostel yang menyeramkan ini..
i will miss sri aman sleepy town
miss all staft in hospital, very sporting staft

huhuhuhu... pas ni susah mau update blog lagi...
sebab line di kolej sangat lidut mcm siput babi..
maybe this is last update... tunggu balik umah...
~SAYONARA~


Tamu Besar Kota Belud..

Wednesday, November 3, 2010

waa..Lama sudah ndak update ni Blog...
Apa bule buat, sibuk bah aku tgk drama Korea..

Hari ni aku mau share dgn "korang" pasal "TAMU BESAR"
satu perayaan yang disambut setahun sekali di Kota Belud..
Sambutan yang paling besar di Kota belud..
Dimana kita boleh tengok daerah kota belud ni dibanjiri dengan Kuda Berbaju

Jom tengok Aksi COwboy BaJau ni:


"Cowboy Kota belud yang paling Muda"

" ini dia aksi kuda Merempit, yiiii ahh"

"I'm proud to be a malaysian, Hidup 1 MALaYSIA"

" Aku la Cowboy bajau yang Paling ensemboi N bergaya"

" control ensem dulu, ada Org ambik gambar ni..hehehe"

"Jgn pandang aku sebelah mata, aku la pahlawan walaupun aku hitam "

" ini dia, Kontijen dari rumah kuning, siap berbaris lagi tu"

"penonton pun ada peluang naik Kuda"

" jgn sangka kereta lembu jak ada di dunia ni, kereta kerbau pun ada"

" penunggang kerbau yang berjaya"



P/S: sebenarnya 5 tahun sdh aku ndak p tgk tamu besar ni sebab xada peluang,
aku pun sdh lupa cara dorang sambut ni perayaan, kesian kan aku... uhhuhuhu..









Gurl Best Friend

Tuesday, October 26, 2010
Hari ini aku mau cerita pasal kawan baik aku...
kawan yang sentiasa menemani ku kala ku duka dan suka..
semua cerita di kongsi bersama..
dia mengetahui segala isi hatiku walaupun aku xpernah cerita dengan dia..

Kami sangat rapat..
mcm isi dengan kuku..
aku gelar dia C kuning..
Dia gelar aku C kiut ( PERASAN!!!..hua3x)
dia tidak pernah menunjukkan mimik muka yang lain
selain daripada senyum..

Tiap malam dia mesti tidur dalam pelukkan ku...
menemani ku sepanjang masa...
aku sentiasa membawa dia kemana jua ku pergi..
xkiralah, balik sabah, praktikal di tempat yang jauh2..
dia mesti ada bersama...

kadang2 kalah aku merasa kesian dgn dia..
Aku dapat rasakan dia dalam kesunyian..
Jadi aku kenalkan dia dgn C pinky
Dia sangat gembira dengan kawan barunya..
mereka sangat rapat, c pinky sangat baik dengan c kuning
Aku pun turut gembira dengan dia...

kawan Baru C kuning.. C pinky
~C kuning yang baru lepas dicuci di jemur dibawa kipas~

~C pinky menemani C kuning~

Pada suatu Pagi yang indah..
Aku seperti biasa on9 membuka Facebook
tiba2 aku ternampak video ceramah dari seorang ustaz..
tajuk video itu adalah:
"patung garfield & Spongebob haram di jadikan bantal peluk jika baligh"


Aarrggggghhhhhh....blogger-emoticon.blogspot.com.... TIDAKKKK........
aku tidak dapat terima kenyataan ini pada masa itu....
Kenapa dia mesti tekankan nama patung Spongebob,
kenapa bukan teddy bear,
kenapa bukan doremon,
NO!!!!!...........

Fikiran ku stuck,
xtau mau buat apa dgn kawan baik ku ni...blogger-emoticon.blogspot.com
Adik n kakak aku bagi komen, suruh buang C kuning..
Aku xmau buang dia semata2 video ni...blogger-emoticon.blogspot.com
pleezzz... somebody help me...



blogger-emoticon.blogspot.com Oleh kerana aku xdapat terima kenyataan..
aku mengkaji balik Hukum Hakam pasal patung ni..
cari di internet hukum yang boleh aku terima...

Last2 aku jumpa benda ni di internet..

"http://www.halaqah-online.com/v3/forum/index.php?s=0c89c3780e42634db7e4a36c1059148e&showtopic=999
(Koment seorang hambah Allah)
wslm..erm, anti bleh rujuk lebih lagi dalam buku Halal dan haram yg ditulis oleh Dr. yusuf Al-Qardawi..
ana penah terbaca, kalau patung itu utk tujuan permainan -mcm patung kanak2 tu dibolehkan.. ianya sebagai medium utk mendidik kanak2..yg pasti, patung yang lengkap dengan segala sifat menyamai hidupan asal adalah tidak dibolehkan.."




"yg pasti, patung yang lengkap dengan segala sifat menyamai hidupan asal adalah tidak dibolehkan.."

C kuning tidak lengkap dan tidak menyamai hidupan asal...
betuknya tidak mcm manusia atau binatang lain..
dia adalah kartun semata2...
Jadi dia tidak haram..
Yeaaahhh.....blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com



blogger-emoticon.blogspot.comAku sangat hepi sebab C kuning xpayah dibuang...
blogger-emoticon.blogspot.com Fuuuuuhh~~~~rasa sangat lega...
Sejak kejadian itu, aku lebih menghargai C kuning..

"I LUV U C KUNINGblogger-emoticon.blogspot.com"


~the end~







Selamat Hari Jadi Mama & Mira

Hari ni hari jadi my mum yang ke-58..
Esok hari jadi my niece Mira yang ke setahun..
blogger-emoticon.blogspot.comSelamat Hari Jadi..blogger-emoticon.blogspot.com

sory la xada hadiah,
tunggu saya balik sabah dulu, ok...


~ mama bersama dengan suami tercinta~

Ucapan untuk mama:
Terima kasih sebab sudi melahirkan saya dan menjaga saya sehingga kini,
saya sayang mama, u're the best mum in the world...
semoga panjang Umur dan di murahkan rezeki..
blogger-emoticon.blogspot.comkalau ada rezeki lebih tu... hulur2 la kunun cikit.. hehehe...
Miss u mum..


~Amira Qasrina anak kakak saya~

Ucapan Buat Amira:
mira budak yang kiut, so jangan kuat menangis, nt xkiut lagi..
kalau besar nanti jangan jadi nakal2 ya...
Be a gud gurl like ur aunt... hehehe...
Miss u so much, love u mira..



blogger-emoticon.blogspot.com itu sahaja.. sayonara~~~~~~~

Assistant Medical Officer (AMO)

Saturday, October 23, 2010

Hari ini hari Ahad..
ramai student2 rasa bahagia hari ni
sebab cuti, xada kelas..
tapi aku sebagai student AMO
aku hanya mampu menangis dalam hati jak..
sebab sabtu n ahad masih p praktikal ...
huhuhu.. sedih noo~~~


Hari ni aku mau kongsi pasal AMO
Aku yakin dan pasti ramai orang xtau pasal ni benda kan!!
Let me tell u what is AMO aka Dressa..

  • Selalunya, AMO ni kita boleh jumpa kat unit Emergency dan Trauma, Out patient department(OPD), dewan bedah, Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia dan kalau bertuah kita boleh jumpa AMO ni di dalam Ambulan ataupun tempat2 kemalangan

  • sebagai AMO, kami ditugaskan periksa, diagnos dan merawat penyakit2 yang ringan. Sebagai contoh sakit demam, batuk, asma ..kami la yang rawat... kira kami ni macam 2nd doktor la, kalau kes susah mau handle, kami refer ngan doktor.

  • Tugas kedua adalah bagi pendidikan kesihatan berkaitan kepada seseorang ataupun sekumpulan, contohnya kalau ada kes wabak korela di kampung2, sebagai Amo mesti turun padang dan bagi pendidikan kesihatan di kampung tu, untuk mengelakkan wabak semakin menjadi2 la...

  • Tugas AMO juga, ada sentiasa Bersedia Sekiranya ada Ambulan calls, kalo ada sesiapa yang pesakit yang minta ambulan datang tu, AMO akan datang bersama Ambulan untuk menstabilkan patient, kiranya kami ni mcm paramedic la jugak..

  • Sebenarnya, ada banyak Lagi tugas Amo, tapi aku share kat u olls yang simple2 jak la.. nanti kamu xfaham juga tu.

InFo MeNaRiK PaSaL AMO:

1. AMO ni boleh jadi anestesia dalam dewan bedah
kalau ambik pos basic Anestesia.

2. Boleh further study jugak, ambik doktor, kalo bnyk duitlah
sambung belajar di oversea..

3. kalau AMo xmau sambung kerja di hospital kerajaan
boleh kerja di pelantar minyak, dapat gaji mahal..

4. Amo boleh jadi pengajar juga, mengajar studnet AMO
sebagai penyambung Generasi AMO.

5. Dulu, AMO semua dari kaum Adam, Sekarang ni
AMo kaum hawa diwujudkan.

6. jadi Student AMO melalui SPA8, xperlu pinjam PTPTN
tiap bulan dapat elaun Rm600..

7. AMO ni pangkat diploma jak, tapi boleh ambik PJJ
ambik degree..


P/S: Sesiapa yang nak jadi doktor tapi xkesampaian, jadilah AMO,
lagi best, sebab xbusy sangat,tugas pun hampir sama jak..(^_^)y






Drama Jepun Yamato Nadeshiko Shichi Henge

Thursday, October 21, 2010



salam,
Hari ni aku mau kongsi drama jepun yg aku suka tengok
drama ni memang lain dari yang lain,
tapi asal usulnya sama dgn drama Hanazakarino Kimitachie,
iaitu asal dari anime jugak...




sinopsisnya:
cerita nya mengisahkan 4 pelajar universiti iatu Takano Kyohei, Toyama Yukinojo, 0da Takenaga dan Mori Ranmaru yang tinggal bersama-sama di sebuah banglo yang mereka sewa. Kyohei Takano adalah seorang mahasiswa yang hensem tapi panas baran yang selalu sedia untuk bergaduh, Toyama Yukinojo seorang yang lucu dan cute yang selalu disalah anggap sebagai perempuan, Oda Takenaga serorang yang matang dan hebat dalam akademik dan sukan, dan Mori Ranmaru romeo yang mencintai ramai perempuan. mereka telah menerima tawaran dari Mak cik pemilik rumah sewa, di mana mereka diberi penginapan percuma jika mereka mampu mengubah anak buah perempuannya menjadi seorang wanita yang di inginkannya??.Anak buahnya, Nakahara Sunako hidup di dunia yang seram dan fanatik dengan tengkorak kerana tiada keyakinan dengan penampilannya yang lama.


Perempuan pelik yang berkawan dengan patung makmal


Ulasan:
cerita ni memang best, lucu, kadang bikin touching ni.... cuma ada 10 episod jak.. kepada sapa2 yang stress tu anda digalakkan menonton drama ni untuk kurangkan stress... kalau ada sesiapa yang berminat tgk secara online klik ini: yamato-nadeshiko-shichi-henge


P/s: aku dapat habiskan cerita ni dalam masa 1 hari jak... hebatkan..





Apa Korang Akan Buat Bila Terjumpa/Berkenalan Dengan Orang Hipokrit...

Wednesday, October 20, 2010
Oleh kerana aku ada kenal sesorang yang hipokrit,
so, aku mau cerita pasal topik ni la...
lantaklah, kalo korang rasa topik ni buring...
yg penting aku mau post jgk..hehehe...

Persoalan n0.1
Apakah itu hipokrit??
hipokrit tu berasal dari gabungan perkataan HIPO dan KONKRIT ka??

Jawapannya SALAH!!
blogger-emoticon.blogspot.comMenurut Kamus Dewan (Edisi Ke Tiga ) HIPOKRIT bermaksud orang yang berpura-pura berperangai, bersifat dan berkelakuan baik; orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya AKA munafik..

blogger-emoticon.blogspot.com
Persoalan n0.1
Macam manakah contoh orang2 hipokrit ni??

contoh 1:
seorang isteri melayan baik mak mentuanya yang dtg kat rumah,
tetapi, semasa buat air di dapur bersama suaminya,
si isteri menyuruh mak suaminya itu balik secepat yg mungkin..

contoh 2:
Pada tanggal 31 ogos bertempat di padang merdeka
seorang YB dengan Bangganya menjerit2 aku anak malaysia n merdeka,
YB itu menjerit2 sehingga hilang suara..
tepat jam 1 YB tersebut balik dgn menggunakan kereta toyota...
(apalah maknanya tu , anak malaysia beli barangan import)

contoh 3:
Rokiah, tiba2 menjadi ayu dan baik semasa terjumpa dgn budak lelaki yg ensem,
padahal dalam hostel, bukan main lagi cari gaduh dgn perempuan lain..
suka menjerit2 mcm anak burung yg kelaparan

blogger-emoticon.blogspot.com
Persoalan n0.3
Apa yang harus kita buat dgn orang2 mcm ni???
Aku pun xtau mau buat apa dgn org mcm ni, rasa mcm mau bagi tendangan jak...blogger-emoticon.blogspot.com
blogger-emoticon.blogspot.com kalo ndak pun sebat dia sampai insaf.... hahahahahaha.........
(dlm angan2, padahal xberani wat jgk..huhuhuhu...)


blogger-emoticon.blogspot.com XAPA LA, AKU MASIH BISA BERSABAR

Hari Yang Bahagia....

Tuesday, October 19, 2010
blogger-emoticon.blogspot.comsetelah 9 hari kerja berturut.. xkira siang dan malam...
Akhirnya aku dapat cuti jugak....
YEAAHHHH.........blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Yeah, akhirnya aku berseorangan dalam bilik,
sebab semua kawan2 yang lain p keja...


lama sudah xduduk atas katil 24jam...
lama sudah x on9 24jam..
lama sudah x sorang2 dalam bilik..
lama sudah xmenyanyi kuat2 sampai pecah gelas dlm bilik
lama sudah x bangun lepas matahari naik..
lama sudah kaki 2 batang ni tidak bergoyang2...
(Memang Dasar Pemalas!!)blogger-emoticon.blogspot.com

hehehehe.... tapi buring pulak duk sorang dalam bilik...
xtau mau buat apa...
aku mesti manfaatkan waktu cuti ni sebaiknya...

ada kawan ajak p swimming pool petang ni,
aiyoo... mau p jugak, tapi aku xpandai berenang...

sedihkan.... dah tua2 mcm ni pun masih boleh dibawa arus..blogger-emoticon.blogspot.com
xapala.... tengok dorang berenang dari jauh jak la...
Hanya itu yang aku mampu buat....

p/s: xsabar2 mau balik kolej....


GeramNya.........

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


P/s: GERAM SAMPAI XTERKATA...