New Place, New Job And New Enviroment

Wednesday, August 3, 2011

Sedar tak sedar, sudah 2 bulan aku x update blog.... berkulat sudah ni blog sebab x di update....KESIAN.......... entry kali ni aku mau kasik tau u'ols yang sepanjang bulan 8 ni kita wajib berpuasa bagi yang muslim....(wei, jangan buat lawak, tu satu dunia pun tahu laaa.....) hehehe gurau jak.........

Sebenarnya dalam masa 6 bulan xupdate blog ni, banyak perkara baru yang berlaku kat aku... aku jak yang malas mau share@update dalam blog... nanti orang cakap show off la plak, risau aku kalo ada orang jeles.....(adakah jugak orang mau jeles?? pleazzzeeee la ya!!!).... ni mau update sikit...

bulan 5/2011: ambik final exam
bulan 6/2011: graduate dari KSKB Kuching and ambik kursus INDUKSI
bulan 7/2011: buat preparation sebelum kerja
hujung bulan 7/2011: di panggil lapor diri untuk kerja di hospital TAWAU!!!!


Punya terkejut hati aku dapat kerja di Hosp.TAWAU.... Jauuuuuhhhhh tuuuuuu~~~~~~.........
dari Kota Belud pegi Tawau adalah lebih kurang 9-10jam........... sakit pinggang duduk dalam bas.... but it's okay, kerja punya pasal terpaksa juga lah pegi tawau... bila masa lagi mau jalan2 di bandar Tawau... mungkin ada Hikmah di Sebalik kejadian ni...


Besar jugak la hosp. Tawau ni... staff pun Okay2 semuanya....=)

sekarang ni, sudah hampir 3 minggu kerja di tawau ni.... belum biasa betul lagi dengan keadaan di Tawau... but, I believe I will fall in Love with TAWAU...=)

p/s: Selamat menjalani Ibadah Puasa... tingkatkan Iman, jauhi maksiat.. banyakkan ibadah sepanjang bulan ini..... semoga kita diberkati ALLAH..


KISAH INI MESTI DIBACA...MENARIK 'Kisah aku, Lim dan Islam'

Sunday, February 13, 2011

Aku share dari Facebook..... kisah tauladan...



Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.


Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.


Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..


Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.


Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

Sepi Tanpa Berita...

Saturday, December 11, 2010

salam.....
entahlah, berapa bulan sdh aku xupdate ni blog....
tetiba jak rasa mau tulis sesuatu dalam blog hari ni...
kesian plak dengan blog ni...
tebengkalai dan kesepian...
tiada berita yang hot & terbaru datang dari perut blog ni..
kadang-kala, kita perlu senyap seketika untuk mendapatkan ketenangan..
ya iyalah.... xkan aku melekat terus dengan blog ni kan...
nt satu kerja pun aku xbuat...hehehehe..
ok la cukup sampai sini jak lah...
di kesempatan ini..aku ingin berterima kasih dengan blogger2 yang lain yang sudi melawat blog xseberapa ini...
syukran....





Sebab-sebab Bala Turun....

Tuesday, November 23, 2010

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).


Semoga kita terhindar daripada Bala Allah...
Amin...

Semangat Raya Ku Yang Pudar

Tuesday, November 16, 2010

~Assalammualaikum~

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Hanya itu yang Mampu ucap untuk raya korban tahun ni...
sebab aku xada rumah untuk jemput kamu masuk..
aku xada makanan mau jemput untuk kamu makan..
dalam bilik aku cuma ada maggi kari dengan minuman 3 in 1 jak..
itu pun cukup2 stok sampai minggu ni..
kesian kan aku, kes2 tidak dapat balik beraya..
menyebabkan semangat raya ku semakin pudar..

Raya korban tahun ni, sebiji sama dengan tahun lepas..
aku hanya mampu meraikannya dalam bilik..
hanya mampu mendengar takbir dalam radio jak..
hanya mampu makan mee maggi bukannya makan daging korban..
membuatkan aku rasa cuti Raya haji sama dengan cuti public holiday yang lain..
huhuhuhu... sedihnya macam ni, rasa macam raya haji ni xada makna jak...

Insyaallah, Raya Haji tahun depan lebih bermakna dari tahun ni...
harap2 dapat sambut dengan keluraga di kampung...

~AMIN~


Kertas yang Terakhir


Hari ni, aku hepi sangat sebab exam dah tamat..
gara-gara last paper ni la aku xcukup tidur..
Paper yang berkaitan tentang perempuan iaitu Obstretik dan ginekologi
Paper ni la juga membuatkan aku mengimbas kenangan 3 bulan yang lalu
dimana aku membantu melahirkan ibu yang bersalin
dengan kata lain menyambut kelahiran..

pengalaman ini pasti tidak akan ku lupakan
melihat seorang ibu yang berusaha keras untuk melahirkan anak yang di kandungnya

lalu aku terfikir dengan ibu yang sangup membuang bayi
betapa hebatnya mereka melahirkan bayi seorang diri
tanpa bantuan
tanpa pendorong
tanpa alat2 yang steril
tanpa di jahit selepas bersalin

Waaaa.... hebatnya mereka...
yang dapat melahirkan anak dalam tandas seorang diri
yang masih mampu berjalan selepas bersalin
yang sempat membuang bayi dalam mangkuk tandas..

Walaupun mereka hebat tapi mereka manusia yang BODOH..
manusia yang sangat kejam
manusia yang sangat tidak berhati perut
manusia yang paling zalim
manusia yang pentingkan diri sendiri...

Aku paling Benci "MEREKA"
aku tahu, bukan aku seorang jak benci mereka...
ramai lagi di luar sana benci mereka...
rasa macam mu bagi penampar jak dengan orang bodoh ni..

most of orang yang buang baby ni student IPTA..
xkira ambik diploma ka, ijazah ka..
tapi yang penting pelajar IPTA..
semua orang tahu student IPTA ni pandai2 belaka
SPM semua kreadit
STPM 3 point ke atas..
Orang kampung bangga dengan percapaian dorang ni..
menjadi kebanggaan keluarga di kampung..
Kesian orang kampung tertipu dengan orang yang bodoh ni..

kalau"dorang" bijak sangat..
dorang xakan buat "benda tu" sebelum kahwin

kalau 'dorang' bijak ..
dorang akan pandai elakkan diri dari daripada mengandung

kalau 'dorang' ni bijak
dorang xakan tambah dosa dorang dengan buang anak..

Kepada orang yang terlibat, atau pun orang2 yang dalam menuju ke arah membuang bayi ni...
anda di nasihati fikir la dulu sebelum membuat tindakan yang bodoh..
mungkin kamu rasa orang lain xakan tahu kamu pregnant dan buang bayi..
tapi, jangan kamu Lupa ALLAH itu maha mengetahui..
sebijak mana pun kamu rasa diri kamu untuk menyembunyikan perkara ini..
sekiranya ALLAH ingin orang lain tahu, maka tahu la orang lain tu..

BERTAUBATLAH KE JALAN YANG BENAR



P/s: nasihat bersama, semoga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang terkutuk.. amin..